Kisah kejayaan usahawan kerap menarik untuk dibaca dan menjadi sumber inspirasiuntuk kita semua . Kisah yang ingin dipaparkan di sini bukan sesuatu yang baru kerana pernah disiarkan dalam beberapa akhbar dan media tempatan. Malah ramaiyang telah menulis tentang kisah kejayaan usahawan wanita ini yang juga adalahsalah seorang tokoh Maulidurasul Peringkat Kebangsaan 2010/1431H. Mari kitahayati sejenak info ringkas kisah usahawan beras Faiza Bawumi untuk dijadikanmotivasi kali ini.
Kalau sudah minat, umur bukan menjadi penghalang untuk berjaya. Inilahyang telah dibuktikan oleh pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., FaizaBawumi Sayed Ahmad.Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.´ Itulah azam, pemiliksyarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Wanitakelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Ketikakebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu sibukmerancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan dinegara ini. Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumusmengeluarkan beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnyapenghujung tahun ini. Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yangtegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada dilandasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Berkecimpung dalambidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya.Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidangperniagaan
Sumbangan Faizah :
Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu menerusi program Bersamamu. Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah. Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut ilmu setinggi mungkin.
"Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza," katanya. Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap pekerja yang menipu dan mencuri. "Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran," katanya.


No comments:
Post a Comment