Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah saya kerana dengan dorongan daripada beliau telah wujudnya blog yang berkisarkan usahawan ini. Saya Noraida Binti Sulaiman merupakan mahasiswi Universiti Utara Malaysi dan salah seorang pelajar kepada Prof. Madya Habsah Binti Bakar yang mengajar mata pelajaran Kemahiran dan Gelagat Usahawan. Beliau memberi tugasan untuk membuat blog berkenaan dengan usahawan. Dengan ini tertubuhnya blog saya yang bertajuk Kisah Usahawan yang diselitkan dengan koleksi kisah usahawan yang terkenal. Saya harap para pengunjung blog ini akan terhibur dan dapat mendapat maklumat daripada blog saya ini. Maka dengan itu, saya akan memuat naik input yang berguna untuk para pengunjung blog ini.

No comments:
Post a Comment